Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) menyediakan sokongan penyelidikan kepada semua pensyarah UMT/penyelidik yang merangkumi aplikasi dana penyelidikan, pengurusan kewangan penyelidikan dan publisiti di dalam dan luar negara dengan cekap dan berkesan ke arah mencapai misi, visi dan objektif universiti.
Objektif
1. Menjadi pusat yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan dasar dan peraturan penyelidikan secara keseluruhan;
2. Mengumpul dan menyebar maklumat mengenai geran/Dana penyelidikan di dalam dan luar negara yang boleh digunakan oleh pensyarah UMT/penyelidik;
3. Menjadi pusat untuk mengurus dan menyelaras permohonan geran penyelidikan, pemantauan projek penyelidikan dan pembiayaan penyelidikan UMT.