National Grant

[vc_row disable_element=”yes” el_class=”hide-me”][vc_column][vc_column_text]

Grant NameDocuments
Industrial Matching Grant
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1578914940141{margin-bottom: 30px !important;}”][vc_column width=”1/2″ css_animation=”fadeIn”][vc_custom_heading text=”NATIONAL GRANT” font_container=”tag:h2|text_align:left|color:%2335088e” use_theme_fonts=”yes”][vc_column_text]The Ministry of Education Malaysia offers several research grant schemes to help researchers conduct their research. The research conducted should meet the objectives, conditions and criteria set by the ministry.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/2″][vc_single_image image=”2633″ img_size=”large” style=”vc_box_shadow_border”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_toggle title=”Fundamental Research Grant Scheme ( FRGS )” open=”true”]

Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dapat menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

Untuk info lanjut:
More info MyGrant (FRGS)

Guideline | Evaluation Criteria 

[/vc_toggle][vc_toggle title=”Prototype Research Grant Scheme ( PRGS )”]

Kebanyakan hasil penyelidikan pembangunan prototaip tidak dapat dikomersilkan kerana hasil penyelidikan masih di peringkat awal. Untuk kesinambungan, Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi baru selaras dengan keperluan K-Ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Untuk info lanjut:
More info MyGrant (PRGS)

Guideline | Evaluation Criteria 

[/vc_toggle][vc_toggle title=”Trans Deciplinary Research Grant Scheme ( TRGS )”]

Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) merangkumi penyelidikan fundamental dan eksploratori yang dapat menggalakkan penjanaan ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, perkembangan sempadan ilmu, penciptaan teknologi baharu dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

TRGS dapat membina kerjasama keserakanan merentasi pelbagai kluster penyelidikan, bidang fokus dan bersifat transdisiplin, bagi meletakkan Malaysia setaraf dengan negara maju dari segi penyelidikan fundamental dalam domain tertentu.

Untuk info lanjut:
More info MyGrant (TRGS)

Guideline | Evaluation Criteria 

[/vc_toggle][vc_toggle title=”Long Term Research Grant Scheme ( LRGS )”]

Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) berupaya mempromosi kecemerlangan dalam penyelidikan yang mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang fokus yang telah dikenalpasti.

LRGS dapat membina kerjasama keserakanan merentasi pelbagai institusi dan bersifat multi disiplin, bagi meletakkan Malaysia dalam peta dunia dari segi penyelidikan fundamental dalam bidang-bidang fokus tertentu.

Untuk info lanjut:
More info MyGrant (LRGS)

Guideline | Evaluation Criteria 

[/vc_toggle][vc_toggle title=”Dana Pembudayaan Penyelidikan ( RAGS )”]Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) ialah dana tunas yang bertujuan untuk membudayakan penyelidikan di kalangan penyelidik muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukan Universiti Penyelidikan (Rakan RU) sebagai persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan supaya dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dana RAGS ini akan mengikuti garis panduan FRGS yang sedia ada dari segi definisi penyelidikan fundamental, bidang penyelidikan, kaedah permohonan, kriteria penilaian, pemantauan dan hasil penyelidikan.

 

BIDANG PENYELIDIKAN

Bidang penyelidikan meliputi bidang-bidang asas yang meliputi:

  • Sains Tulen
  • Sains Gunaan
  • Sains Kesihatan dan Klinikal
  • Teknologi dan Kejuruteraan
  • Sains Sosial
  • Sastera dan Sastera Ikhtisas
  • Sains Tabii dan Warisan Negara
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Dana ini terbuka kepada kakitangan akademik (pensyarah) di Institusi Pengajian Tinggi Awam bukan Universiti Penyelidikan (Rakan RU) dengan syarat-syarat berikut:

  • Mempunyai pengalaman sebagai ahli akademik tidak melebihi lima (5) tahun atau gred 52 ke bawah.
  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pensyarah tetap di IPTA.
  • Hanya satu (1) projek penyelidikan dibenarkan untuk dipohon dan diperaku.
  • Pensyarah sedang cuti belajar tidak dibenarkan untuk memohon dan menjalankan penyelidikan.

 

KRITERIA PENILAIAN

  • Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baru; dan
  • Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  • Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam Negara dan sejagat; atau
  • Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara.

 

TEMPOH PENYELIDIKAN

1 hingga 2 tahun[/vc_toggle][vc_toggle title=”MyLAB”]

Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) ditubuhkan sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap>) pengkomersialan produk penyelidikan dengan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu.

Guideline 

[/vc_toggle][vc_toggle title=”Niche Research Grant Scheme ( NRGS )”]Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS-KPM) ialah dana khas yang bertujuan untuk membantu melonjakkan dan membangunkan bidang tujahan (Niche) penyelidikan bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berstatus Universiti Komprehensif dan Universiti Komprehensif Berfokus. Disamping itu, NRGS-KPM ini akan menjadikan setiap IPTA tersebut unik dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Setiap Universiti komprehensif dan komprehensif berfokus akan diberi tanggungjawab untuk menentukan hala tuju, strategi dan pengurusan penyelidikan dan inovasi supaya lebih berkesan dan berimpak tinggi.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Dana ini terbuka kepada kakitangan akademik (pensyarah) di Institusi Pengajian Tinggi Awam berstatus Universiti Komprehensif dan Universiti Komprehensif berfokus dengan syarat-syarat berikut:

  • Program penyelidikan mesti diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCP&I) atau setaraf. Pengurusan program penyelidikan Nic perlu penglibatan penuh dan komitmen TNCP&I atau setaraf.
  • Dianggotai oleh kakitangan akademik tetap dan warganegara Malaysia di IPTA terlibat.
  • Pensyarah sedang cuti belajar tidak dibenarkan untuk memohon dan menjalankan penyelidikan.

 

KRITERIA PENILAIAN

  • Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baru; dan
  • Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  • Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  • Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara.

 

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah tiga (3) hingga lima (5) tahun sahaja.[/vc_toggle][vc_toggle title=”Niche ResearRACE-Research Acculturation Collaborative Effortch Grant Scheme ( NRGS )”]Dana RACE merupakan inisiatif baru Kementerian untuk membantu bukan Universiti Penyelidikan (Rakan RU) meningkatkan budaya penyelidikan dan seterusnya dapat meningkatkan output hasil penyelidikan. Usaha ini dapat mempercepatkan Rakan RU untuk mencapai tahap setanding dengan RU yang lain.

 

OBJEKTIF

  • Menghasilkan inovasi berimpak besar untuk pembangunan, kemajuan dan transformasi Negara.
  • Mentransformasi Rakan RU ke arah budaya penyelidikan menerusi usaha kerjasama RU bagi membantu mempercepatkan penghasilan juara penyelidikan (research champion).
  • Mewujudkan rangkaian kerjasama antara semua IPTA melalui program/projek penyelidikan usahasama dan perkongsian fasiliti penyelidikan.

 

BIDANG PENYELIDIKAN

Bidang penyelidikan meliputi bidang-bidang asas yang meliputi:

  • Sains Tulen
  • Sains Gunaan
  • Sains Kesihatan dan Klinikal
  • Teknologi dan Kejuruteraan
  • Sains Sosial
  • Sastera dan Sastera Ikhtisas
  • Sains Tabii dan Warisan Negara

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Dana ini terbuka kepada kakitangan akademik (pensyarah) di Institusi Pengajian Tinggi Awam bukan Universiti Penyelidikan (Rakan RU) dengan syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Kakitangan akademik tetap (Pensyarah  Kanan, Pensyarah) Gred DS 52 dan kebawah
  • Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik  bersama bertaraf tetap mestilah warganegara Malaysia.
  • Hanya satu (1) projek penyelidikan dibenarkan untuk dipohon dan  diperaku.
  • Projek penyelidikan yang menepati garis panduan RACE perlu dikemukakan kepada sekretariat RACE melalui RMC IPT masing-masing.

 

KRITERIA PENILAIAN

  • Penilaian dan kelulusan sesuatu program penyelidikan akan mengikut prosedur dan terma rujukan RACE;
  • Projek penyelidikan akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik dikalangan Universiti Penyelidikan (RU).

 

TEMPOH PENYELIDIKAN

1 hingga 3 tahun[/vc_toggle][/vc_column][/vc_row]