MISCELLANEOUS

[vc_row][vc_column][vc_toggle title=”Knowledge and Technology Assimilation Grant (KTAG)” open=”true”]

Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah Ketua Teras, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Jaringan Industri) yang bertanggungjawab menyelaras program pemindahan ilmu universiti selari dengan slogan Inovasi Sosial@UMT dan merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pegawai akademik bagi Teras ke-3, Teras Pemindahan Ilmu.

PIJI juga telah diamanahkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan melibatkan komuniti dan industri. Bagi mencapai matlamat tersebut, PIJI memainkan peranan untuk mendapatkan dana bagi menjayakan program komuniti dan industri melalui pemindahan ilmu dan pengembangan.

Dana dalaman pemindahan ilmu telah diwujudkan pada tahun 2014 di bawah Pusat Transformasi Strategik (TSR). Walaubagaimanapun, bermula pada tahun 2018, inisiatif dana dalaman pemindahan ilmu akan diselaraskan oleh PIJI selari dengan fungsi dan peranan PIJI menyelaras kefungsian pemindahan ilmu di peringkat UMT.

Semua pegawai akademik di UMT boleh memohon peruntukan khas dalaman oleh pihak pengurusan UMT bagi menjayakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan yang dinamakan sebagai “KNOWLEDGE AND TECHNOLOGY ASSIMILATION GRANT (KTAG)”. Pengagihan dana ini adalah tanggungjawab PIJI. Tujuan skim geran ini adalah untuk  membudayakan dan memperkasakan pemindahan ilmu hasil dari penyelidikan para pegawai UMT kepada industri atau komuniti sasaran. Ini selari dengan hasrat UMT untuk menjadi peneraju Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri untuk komuniti pesisir di Malaysia.

 

Guideline | Download Form

[/vc_toggle][vc_toggle title=”Public Private Research Netwok (PPRN)”]

Public-Private Research Network atau PPRN ialah inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan yang lain untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan yang berpacukan permintaan.

PPRN merupakan antara inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di bawah Teras Strategik 6: Merekayasa Pertumbuhan Ekonomi Untuk Peningkatan Kemakmuran yang bertujuan untuk menjana kekayaan melalui inovasi dengan memperkukuhkan kerjasama antara industri dan akademia melalui perantara. Kajian Separuh Penggal RMKe-11 di bawah Strategi B3: Menjajarkan Penyelidikan dan Inovasi turut mengenalpasti PPRN sebagai salah satu perantara dan model kerjasama bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti industri di Malaysia.

Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) [PPPM(PT)], PPRN adalah inisiatif di bawah Lonjakan 7: Ekosistem Inovasi yang bertujuan untuk membangunkan ekosistem inovasi dalam bidang strategik yang kritikal bagi pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai penyelesai masalah pelbagai pihak berkepentingan.

 

PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWOK (PPRN)

Guideline | Download Form

[/vc_toggle][vc_toggle title=”Double Tax Deduction”]

Guideline | Income Tax Act | MOE’s Approval Letter

[/vc_toggle][vc_toggle title=”MS ISO IEC 27001 2013″]

High Level Structure | Integrated Internal Audit Report | Risk Policy | Risk

[/vc_toggle][vc_toggle title=”Postdoctorial Research Fellowship”]

Postdoctorial

[/vc_toggle][vc_toggle title=”Return of Investment (ROI)”]

Glossary

[/vc_toggle][/vc_column][/vc_row]